• Utama
  • Pengenalan
  • Berita
  • Hantar Karangan

Menu Utama

  • Terkini
  • Karya
  • UPSR
  • PMR
  • SPM
  • Motivasi
  • Buku Pelawat

Pautan

  • Kementerian Pelajaran
  • Jabatan Pelajaran Johor
  • SAMURA

Koleksi Blog

  • Galus BM
  • Bahasa Melayu SPM
  • Cikgu Ghalib
  • Minda Bahasa
  • Bahasa Itu Indah
  • Cikgu Khir Kassim
  • Bahasa Malaysia SPM
  • Saujana Mata
  • Cikgu Azmi Misron
  • Saya dan BM
  • Sambung Menyambung
  • Minda Sastera Bahasa
  • BM Maya
  • Cikgu Tan C L
  • Alam Duniaku
  • Bimbingan BM SPM
  • Cikgu Abdul Manaf
  • Witra
  • Klik BM
  • BM STPM

Pengenalan
Cikgu Zainudin dilahirkan di Kampung Beroleh Batu Pahat pada 24 November 1964 dalam sebuah keluarga penoreh getah. Mulai bersekolah rendah pada tahun 1971 di Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh Batu Pahat dan mengambil Peperiksaan Penilaian Darjah Lima pada tahun 1975 dan menamatkan pelajaran di peringkat sekolah rendah pada tahun 1976. Kemudiannya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Inggeris Batu Pahat (kini SMK Munshi Sulaiman) dalam bidang perdagangan. Menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pada tahun 1979 dan menamatkan pelajaran di peringkat sekolah menengah sehingga tingkatan 5 dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di sekolah yang sama dalam bidang sains tulen.

 

Ditawarkan mengambil jurusan Pengajian Pendidikan Alam Kanak-Kanak di Maktab Perguruan Sri Pinang pada tahun 1983-1985. Tamat dan mendapat Sijil Perguruan Asas dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir. Mendaftar diri di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 20, Bandar Pusat Jengka, Negeri Pahang Darul Makmur sebagai guru sandaran terlatih C2 pada 5 Januari 1986. Mendidik anak-anak peneroka Felda Jengka 20. Pada tahun 1987 mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan dilantik ke katergori C1 pada tahun yang sama setelah lulus dengan mendapat sijil penuh dalam peperiksaan tersebut. Pada tahun 16 April 1989 dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 21, Pahang Darul Makmur, manakala pada tahun yang sama  dapat berpindah ke sempadan negeri Johor dan Pahang iaitu di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Selancar, Daerah Rompin, Pahang Darul Makmur. Pada tahun 1990 berpindah pula ke Sekolah Kebangsaan (LKTP) Pemanis, Segamat Johor. Pada tahun 1992 berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Kursus Sijil Perguruan Khas di Institut Bahasa Kuala Lumpur dengan mengambil jurusan Bacaan dan Penulisan (Bapen). Sewaktu konvokesyen turut terpilih sebagai pelajar cemerlang bagi kursus tersebut.

 

Pada tahun 1994 telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertanian Malaysia dan ditawarkan dalam bidang Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama dan tamat dan mendapat Bacelor Pendidikan pada tahun 1997. Setelah tamat pengajian diminta mendaftar diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saad, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor pada 16 Oktober 1997. Pada 1 Januari 2002 berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bentara Luar Batu Pahat, Johor dan  setelah hampir setahun di situ pada 1 Disember 2002 berpindah pula ke Sekolah Menengah Kebangsaan Banang Jaya, Batu Pahat, Johor dan diberi penghormatan membuka sekolah tersebut bersama-sama 19 orang guru yang lain.  Pada tahun 2004 hingga 2006 bercuti belajar di Universiti Sains Malaysia dan pada 1 Julai 2006 berpindah ke Sekolah Menengah Sains Muar, Johor sehinggalah sekarang.

 

Sepanjang karier selama 24 tahun berkhidmat, beberapa tanggungjawab telah dipikul antaranya sebagai Jurulatih Utama Bahasa Melayu (Semakan) Tingkatan 2, Jurulatih Utama Bahasa Melayu (Semakan) Tingkatan 3, Guru E-Bahan (Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan), Penceramah Bahasa Melayu UPSR, PMR dan SPM Daerah Batu Pahat, Johor, Penceramah Bahasa Melayu Juara Minda Asli (JHEOA), AJK KuGI (Kumpulan Guru Inovatif Batu Pahat, Johor), Editor Antologi Cerpen Aku, Bunga dan Cikgu dan fasilitator Program Penghayatan Budaya dan Sastera anjuran DBP dan PLKN.

 

Minat utama ialah menulis bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah Kamus Kata Sama dan Kata Lawan (Edisi 1, 2 dan 3) Oxford Fajar, Kamus Kata Sama dan Kata Lawan (Edisi 1 dan 2) BM/BC Oxford-Fajar, Kamus Penjodoh Bilangan (Edisi 1dan 2, Oxford-Fajar), Kamus Kata Ganda Oxford-Fajar, Buku Latihan 100 Hari Menjelang SPM Bahasa Melayu, Buku ULU Bahasa Melayu Tahun 3 Oxford-Fajar, Skor A dalam UPSR Bahasa Melayu Penerbitan Pelangi, Asas Tatabahasa Bahasa Melayu UPSR (Tahun 5 SK) Oxford-Fajar, Asas Tatabahasa Bahasa Melayu UPSR (Tahun 5 SJKC) Oxford-Fajar, Gemilang Bahasa Melayu UPSR Ulang Kaji Sistematik, Oxford-Fajar, Siri Lembaran Latihan Motivasi Intensif Pelangi, Penerbitan Pelangi dan juga editor Antologi Secangkir Kasih Abang.

 

Detik-Detik Gemilang

  UPSR 2010

  21-23 September 2010

  (Ujian Bertulis)

 

  PMR 2010

  05 - 12 Oktober 2010

  (Ujian Bertulis)

 

  SPM 2010

  22-23 Jun 2010

  (Ulangan)

  22 Novr - 16 Dis 2010

   (Ujian Bertulis)

Ruang Sembang

Azbid

 

Cemerlang Bahasa Malaysia. www.cemerlangbm.com

 ©2009 Zainudin Dirin. Hakcipta Terpelihara. Webmaster: Feed Farid