• Utama
  • Pengenalan
  • Berita
  • Hantar Karangan

Menu Utama

  • Terkini
  • Karya
  • UPSR
  • PMR
  • SPM
  • Motivasi
  • Buku Pelawat

Pautan

  • Kementerian Pelajaran
  • Jabatan Pelajaran Johor
  • SAMURA

Koleksi Blog

  • Galus BM
  • Bahasa Melayu SPM
  • Cikgu Ghalib
  • Minda Bahasa
  • Bahasa Itu Indah
  • Cikgu Khir Kassim
  • Bahasa Malaysia SPM
  • Saujana Mata
  • Cikgu Azmi Misron
  • Saya dan BM
  • Sambung Menyambung
  • Minda Sastera Bahasa
  • BM Maya
  • Cikgu Tan C L
  • Alam Duniaku
  • Bimbingan BM SPM
  • Cikgu Abdul Manaf
  • Witra
  • Klik BM
  • BM STPM

Siapa di talian

   Kami ada 7 tetamu ditalian

Halaman Utama
Kesalahan Umum Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga PDF Cetak emel
Ditulis oleh Cikgu Zainudin   


Kesalahan Umum Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga

 

 

a. Merangkaikan kata ganti nama diri ketiga dengan kata kerja pasif yang mengalami pengguguran awalan meN-

    dalam proses pemasifan kata kerja aktif transitif.

    

    Emak memasak bubur nasi

   

    Bubur nasi emak masak

    Bubur nasi dimasak oleh emak      

 

b. Frasa kerja pasif diri ketiga tidak menerima kata nafi bukan sebelumnya.

 

    Ibunya bukan menguliti anaknya hingga tertidur

     

    Anaknya bukan diuliti oleh ibunya hingga tertidur

    Anaknya tidak diuliti oleh ibunya hingga tertidur

 

 

c. Kata nafi bukan boleh digunakan apabila terdapat dua maklumat yang bertentangan.

 

    Pokok sena itu bukan dicantas atau dipotong oleh sesiapa pun

    Pokok sena itu tidak dicantas atau dipotong oleh sesiapa pun

 

 

 

 

<< Kembali

 
Kesalahan Umum Frasa Kerja Pasif Diri Pertama dan Kedua PDF Cetak emel
Ditulis oleh Cikgu Zainudin   

 

Kesalahan Umum Frasa Kerja Pasif Diri Pertama dan Kedua

 

a. Memasukkan kata lain antara kata ganti nama diri dengan kata kerja pasif.

 

    Saya hendak meminjamkan buku ini kepada Ramu

    Buku ini saya hendak pinjamkan kepada Ramu

    Buku ini hendak saya pinjamkan kepada Ramu

 

 

b. Frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh menerima awalan di- atau ter- dan oleh.

 

     Jam itu dirosakkan oleh saya

     Jam itu saya rosakkan

 

 

c. Kata nafi bukan tidak boleh digunakan dalam binaan frasa kerja pasif diri pertama dan kedua.

 

    Kerosakan itu bukan saya lakukan

    Kerosakan itu tidak saya lakukan

 

 

d. Kata nafi bukan hanya boleh digunakan apabila terdapat dua maklumat yang bertentangan.

 

    Hadiah itu bukan saya belikan malahan dia

    Hadiah itu bukan saya belikan tetapi dia

 

 

e. Kata sandang nya tidak boleh hadir selepas kata kerja pasif diri pertama/kedua.

 

    Pensel itu telah saya pulangkannya semalam

    Pensel itu telah saya pulangkan semalam

 

 

f.  Kata kerja pasif diri ketiga boleh diikuti kata sendi oleh secara pilihan

 

    Kumari membeli sayur-sayuran di pasar

    Sayur-sayuran dibeli oleh Kumari di pasar

    Sayur-sayuran dibeli Kumari di pasar

 

 

 

 

<< Kembali

 
Kesalahan Umum Frasa Kerja Tak Transitif Aktif PDF Cetak emel
Ditulis oleh Cikgu Zainudin   

 

Kesalahan Umum Frasa Kerja Tak Transitif Aktif

 

a. Kata kerja tak transitif aktif berapitan beR-…-kan tidak boleh disisipkan kata lain selepas kata nama/frasa nama

    selepasnya.

   

    Penahanannya berdasarkan pada bukti yang kukuh

    Penahanannya berdasarkan bukti yang kukuh

 

 

b. Kata kerja tak transitif aktif selain kata kerja berapitan beR-…-kan atau kata kerja menjadi mesti disisipkan

    dengan kata sendi apabila hendak meluaskan frasa tersebut ataupun menerima kata adjektif selepasnya.

 

    Ahmad bermain-main adiknya

    Ahmad bermain-main dengan adiknya

 

 

c. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebagai penerang frasa kerja tak transitif jika terdapat

    maklumat yang bertentangan.

 

    Mereka bukan bersedih ataupun bergembira

    Mereka bukan bersedih tetapi bergembira

 

 

 

 

 

<< Kembali

 
Kesalahan Umum Frasa Kerja Transitif Aktif PDF Cetak emel
Ditulis oleh Cikgu Zainudin   

 

Kesalahan Umum Frasa Kerja Transitif Aktif

 

a. Kata lain tidak boleh hadir selepas kata kerja transitif aktif kecuali kata/frasa nama.

 

    Dia menasihati akan rakan-rakannya

    Dia menasihati rakan-rakannya

 

 

b. Kata hubung klain atau kata hubung sandang yang tidak boleh hadir kecuali kata hubung komplemen bahawa

    selepas kata kerja pembentuk ayat majmuk pancangan komplemen.

 

    Mereka mengatakan yang Atan kemalangan semalam

    Mereka mengatakan bahawa Atan kemalangan semalam

 

 

c. Frasa kerja transitif aktif tidak menerima kata nafi bukan sebagai penerang kepada frasa kerja tersebut.

 

    Dia bukan menonton filem tadi

    Dia tidak menonton filem tadi

 

 

d. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh hadir sebagai penerang frasa kerja transitif aktif jika terdapat

    maklumat yang bertentangan.

 

    Dia bukan membaca buku ataupun menulis nota

    Dia bukan membaca buku tetapi menulis nota

 

 

 

 

<< Kembali

 

Detik-Detik Gemilang

  UPSR 2010

  21-23 September 2010

  (Ujian Bertulis)

 

  PMR 2010

  05 - 12 Oktober 2010

  (Ujian Bertulis)

 

  SPM 2010

  22-23 Jun 2010

  (Ulangan)

  22 Novr - 16 Dis 2010

   (Ujian Bertulis)

Ruang Sembang

Statistik

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini24
mod_vvisit_counterSemalam25
mod_vvisit_counterMinggu ini24
mod_vvisit_counterMinggu lepas510
mod_vvisit_counterBulan ini24
mod_vvisit_counterBulan lepas1167
mod_vvisit_counterKeseluruhan26979

Dalam Talian (sejak 20 minit): 1
IP Anda: 38.107.191.97
,
Sekarang: 2010-08-01 18:08
Visitors Counter 1.6

Azbid

 

Cemerlang Bahasa Malaysia. www.cemerlangbm.com

 ©2009 Zainudin Dirin. Hakcipta Terpelihara. Webmaster: Feed Farid